Pengenalan

logo-pti2016


Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) adalah program kemuncak IKRAM bagi tahun tersebut.

PTI yang dimulakan pada tahun 2013 telah menjadi acara tahunan IKRAM yang ditunggu-tunggu bagi mendengar Ucapan Dasar Presiden sebagai rujukan ahli dan masyarakat bagi memahami fikrah dan halatuju IKRAM.

PTI 2016 adalah perhimpunan kali keempat diadakan dengan tema “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah”.

Selain Ucapan Dasar, antara acara-acara menarik dalam PTI 2016 ialah pelancaran Harmoni Nasional FM, ucapan wakil Ikhwan Muslimin, perkongsian mengenai misi Women’s Boat to Gaza, persembahan anak muda IKRAM dan forum berkaitan siasah syar’iyyah.