Teruja hadir PTI 2016

Mendengar amanat dan hikmah pimpinan
16
Oct

Teruja hadir PTI 2016

SHAH ALAM – “Memang menariklah program hari ini. Selain dapat mendengar amanat dan hikmah pimpinan, saya merasakan ini adalah satu platform yang baik untuk para peniaga,” kata Hazirah, 22, salah seorang peserta Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016).

“Ini kali pertama saya hadir. Sebab sebelum ni, saya tidak berada di Malaysia. Sambung belajar,” ujar beliau yang sangat mesra ketika disapa wartawan IKRAMedia.

Ketika menemui anak muda yang sedang bercuti semester ini, Ahmad Azman yang menuntut di IPT di ibu kota berkata, ini adalah kali kedua beliau hadir dalam program tahunan PTI ini.

“Tempat selesa. Sangat seronok dapat jumpa sahabat-sahabat yang jauh apalagi yang dekat. Selain peluang menadah ilmu, jumpa pimpinan tertinggi IKRAM, saya pasti teruja menantikan kehadirannya setiap tahun.”

Dalam perkembangan berkaitan, ketika menyapa seorang pembeli di gerai Badan Kebajikan Kakitangan IKRAM (BAKIM), Tuan Sulaiman berusia 62 tahun berkata, beliau hadir ke sini mengikuti rakannya.

“Sangat menarik sekali pada pandangan pakcik. Habis pertemuan dengan rakan pakcik di Shah Aalam ini juga, dia ajak pakcik pergi ke sini. Katanya ada urusan nak bertemu kawan lamanya dari Utara Tanah Air. Maka pakcik pun sampailah  ke sini. Ramah-ramah orang di sini, tegur pakcik walaupun kami tidak saling mengenali.”

Apa yang menariknya, IKRAM berjaya menghimpunkan lebih 3,000 orang ahli IKRAM dan 200 bukan ahli memenuhi IDCC di sini bagi mengikuti perhimpunan tahunan tersebut.

Leave a Reply