PTI 2016: Lebih 3,000 memenuhi IDCC
SHAH ALAM – Lebih 3,000 orang ahli IKRAM termasuk 200 bukan ahli memenuhi IDCC di sini untuk mengikuti Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016 (PTI 2016).
Majlis bermula dengan kemasukan para Ahli JKP IKRAM ke dewan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu IKRAM dan Wanita IKRAM serta bacaan al-Quran oleh Sdr Thufail Sayuti.
Seterusnya, Hj Nahar Md Nor, Setiausaha Agung IKRAM menyampaikan ucapan alu-aluan dan penghargaan untuk semua tetamu, ahli dan bukan ahli yang hadir.
Majlis diteruskan dengan ucaptama Presiden yang bertajuk “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah” yang membicarakan tentang pengurusan atau tata kelola seorang pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh rakyat (hal ehwal kenegaraan) berasaskan tuntutan-tuntutan syariah merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia.
Nyanyian lagu Negaraku, lagu IKRAM dan Wanita IKRAM
Para Ahli JKP IKRAM yang hadir
Bacaan al-Quran