Single Blog Title

This is a single blog caption
20
Nov

Semangat membara #PTI2018 mengujakan

PUTRAJAYA – Peserta-peserta yang hadir pada Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), masih hangat berkisah suasana ketika menghadiri PTI yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu lalu.

“Ada yang sempat bersua, berbalas senyuman dan kata-kata namun tidak sempat berwefie. Ada yang sempat berbalas wassap namun tidak dapat bersua. Ada yang kelibatnya kelihatan namun tidak sempat bertegur sapa. Ada yang tidak dapat hadir, gambarnya dikirim di wassap,” kata Puan Nur Hafizah Abdul Kadir melalui lama muka bukunya.

“Kalau dah namanya ukhuwah, walau tidak direzekikan untuk bersua, bayangkan wajahnya dalam doa rabitah, doakan dalam setiap tahajud.”

“Jom isi borang keahlian IKRAM. Kita menyumbang dengan kebolehan yang ada. Bersama Membina Malaysia Baharu. http://www.ikram.org.my/reg/.”

Dalam pada itu, Mohd Syariffudin Abu Kassim pada statusnya berkata, “Koleksi gambar selfie sepanjang #PTI2018 semalam..ni antara yg sempat berselfie..maaf la tak sempat berselfie dengan yang lain..”

“Nanti PTI2019 kena buat list nama wajib selfie.. semoga dipanjangkn umur untuk bertemu lagi tahun hadapan,” kata Syariffudin yang berkongsikan gambar-gambar belia di sepanjang program berlangsung.

Menurut perkongsian Himmah Aliyah pula, beliau tidak pernah dengar ceramah Ustaz Fauwaz dan Ustaz Rozaimi Ramle.

“Alhamdulillah semalam berkesempatan tengok talk mereka live! Walaupun saya tengok pada screen besar dari dalam dewan makan. Memang best rupanya!”

Tambahnya lagi, Ustaz Rozaimi pun sporting walaupun hadir sebagai tetamu, tetap sudi berkongsi ilmu.

“Antara perkara yang aku tertunggu-tunggu kalau ada event macam ni adalah jumpa geng lama dan geng Facebook yang tak pernah jumpa. Dah friend dekat FB bertahun-tahun baru kali ni dapat jumpa,” cetus rasa daripada Hafiz Zambri.

Muhammad Imran pula berkongsikan status bahagianya yang bertugas menjaga Keselamatan.

“Jadi abam security hari ni.”

Dalam pada itu, Azraai Ahmad berkata, di samping pengisian dan taujihat berharga sepanjang #PTI2018, ada buah tangan istimewa.

“Buku ini menghimpunkan tulisan-tulisan para ulama antaranya seperti Sh. Ali al-Qaradaghi, Sh. Ahmad Raisuni, Dr Muhammad Emarah, Dr Jasser Audah dan lain-lain, termasuklah para asatizah muda panel penyelidik Siasah Rahmah. Barakallahu fikum atas usaha, jazakallahu khairan akh Arham atas rekomendasi,” kata beliau sambil kongsikan foto buku Politik Rahmah, Asas-Asas Politik Islam Kontemporari.

Dengan ‘mood’ PTI yang masih membara, Fatin Adibah mengemas kini statusnya dengan panjang sekali, menceritakan tetang Pertubuhan IKRAM Malaysia.

“Mungkin masih ada yang tidak pernah mendengar Pertubuhan IKRAM Malaysia,” katanya hingga beliau berkongsi tetang IKRAM secara harmoni.

Sementara itu, Hidayah Centre Foundation (HCF) merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang hadir lebih-lebih lagi mereka yang berdaftar sebagai penyumbang tetap Ansar Initiative dalam menyokong usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.

“Sesungguhnya kalian hanya mendambakan wajhillah, ganjaran serta redha-Nya dalam setiap amal kalian, dan itu sudah pasti diganjarkan kepada kalian selagi mana kalian adalah orang-orang yang ikhlas,” pesanan Syeikh Ibrahim Munir yang dikongsikan oleh IKRAM Putrajaya.

Tambahnya lagi, bukan natijah amal yang dipertanggungjawabkan ke atas kalian, tetapi kesungguhan, taubat serta persediaan yang baik.

“Oleh itu, janganlah kalian larut dalam usaha-usahamu dan syiar-syiar kejayaan kamu, tetaplah beramal, sesungguhnya Allah bersama kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan amalanmu.”

Boleh saksikan ragam-ragam dan gelagat mereka yang hadir ke PTI dengan menggunakan carian #PTI2018 di facebook.

Sebelumnya, Perhimpunan Tahunan IKRAM telah berlangsung pada 24 Oktober 2015, bertemakan ‘Memacu Perubahan Malaysia Rahmah Berasaskan Maqasid Syariah” dan seterusnya pada 15 Oktober 2016 di IDCC, Shah Alam bertemakan “Siasah Syar’iyyah dalam Pembangunan Negara Rahmah”.

PTI 2018 dengan tema “Bersama Membina Malaysia Baharu”, bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan untuk bersama menyumbang dalam proses pengislahan negara.

Selain itu, perhimpunan ini juga ingin mengetengahkan kaedah terbaik untuk menggalak penglibatan dan menggembleng sumbangan pelbagai pihak dalam pembinaan Malaysia Baharu, serta mengetengahkan solusi IKRAM sebagai pertubuhan dakwah yang aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Atriza Umar

Leave a Reply