Pengenalan

logo-pti

Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) adalah program kemuncak IKRAM bagi tahun tersebut.

PTI yang dimulakan pada tahun 2013 telah menjadi acara tahunan IKRAM yang ditunggu-tunggu bagi mendengar Ucapan Presiden sebagai rujukan ahli dan masyarakat bagi memahami fikrah dan hala tuju IKRAM.

PTI 2018 adalah perhimpunan kali kelima diadakan dengan tema “Bersama Membina Malaysia Baharu”. Matlamat perhimpunan kali ini ialah untuk:

1. Meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan untuk bersama menyumbang dalam proses pengislahan negara.

2. Mengetengahkan kaedah terbaik untuk menggalak penglibatan dan menggembleng sumbangan pelbagai pihak dalam pembinaan Malaysia Baharu.

3. Mengetengahkan solusi IKRAM sebagai pertubuhan dakwah yang aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Selain ucapan Presiden, antara acara-acara menarik dalam PTI 2018 ialah ucaptama Timbalan Menteri Kewangan, pelancaran Yayasan IKRAM, forum Negara Rahmah dan slot Hiwar al-Bina’.