Aplikasikan siasah syar’iyyah dalam konteks semasa
SHAH ALAM – “Memang menarik tema kali ini. Bagi saya ia (siasah sya’iyyah) perlu diaplikasikan dalam konteks semasa agar masyarakat boleh memahami dan mudah melaksanakannya,” ujar Muhammad Imran, peserta dari Melaka.
Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016) yang bertemakan “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah” mengajak ahli-ahli dan masyarakat untuk memahami satu ilmu dan pemikiran yang tinggi dalam siasah dan syar’iyyah berkaitan pengurusan negara berteraskan syariah.
Muhammad Imran, bukan ahli IKRAM dan sedang belajar di UIA, tercabar untuk hadir ke PTI ini disebabkan ajakan serius daripada sahabatnya.
“Mula-mula terfikir juga, buat apa saya pergi. Bersungguh-sungguh sahabat saya mempromosikan PTI ini, apalagi dengan adanya perkataan ‘siasah’ dan ‘syar’iyyah’, saya berusaha optimis dengan untuk hadir.”
Bertemu pula dengan mahasiswa UTM yang hadir menemani ibu saudaranya pada hari ini, dia merasakan sesuatu kelainan apabila bersama dalam pertemuan ini.
“Saya tiada aktiviti apa-apa, saya hadir mengikuti makcik. Beliau ahli IKRAM, saya belum lagi. Mengenai tema kali ini, sya perlu mendalaminya lagi. Tentunya ia bukan sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan. Tetapi ia boleh menjadi kenyataan jika dirancang dengan baik.”
Ditanya adakah beliau tertarik untuk bersama IKRAM, jawapannya sama sebagaimana Muhammad Imran sebelumnya, ya. Sudah tentu, insya-Allah.
Beberapa orang lain yang ditemui wartawan IKRAMedia, majoritinya sangat bahagia dan gembira dengan adanya PTI ini kerana menjadi platform menambah ilmu apalagi bertemu rakan-rakan lama dan baru.