Dengarlah Harmoni Nasional FM, Suara Rahmah Anda

Radio Internet IKRAM
16
Oct

Dengarlah Harmoni Nasional FM, Suara Rahmah Anda

SHAH ALAM – “Dengarlah Harmoni Nasional FM, Suara Rahmah Anda,” pesan Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM semasa melancarkan radio Internet IKRAM selepas ucaptama sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016) semalam.

Semasa gimik pelancaran yang dijayakan oleh pasukan IKRAMedia Johor, Dr Mohd Parid telah diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM, Prof Dr Hj Arshad Ahmad dan tandangan pelancaran disaksikan oleh seluruh peserta PTI 2016 yang hadir.

Menyedari peranan besar media untuk menerobos mesej dakwah ke segenap lapisan masyarakat, Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia) telah mengambil inisiatif mewujudkan saluran radio tersebut pada Jun 2016 bagi menjayakan matlamat Rancangan IKRAM 1619 untuk memacu perubahan masyarakat dan negara.

Menurut penerbitnya, Hj A Ralim M Yassen, Harmoni Nasional FM merupakan antara stesen radio atas talian (online) berkonsepkan pendekatan Islami yang beroperasi setiap hari ke seantero dunia.

“Bermotifkan sebaran  yang mendidik serta menarik masyarakat kepada Islam, di samping turut menghidangkan pelbagai maklumat dan hiburan yang bermanfaat buat ummat.

Ujarnya, sekitar 80% segmennya dipersembahkan dalam Bahasa Melayu manakala selebihnya adalah dalam Bahasa Arab dan Inggeris.

“Harmoni Nasional FM terus berusaha mempertingkatkan kualiti dan memantapkan segmen yang sedia ada serta ditambah dengan kemunculan segmen-segmen baharu bagi menjadikan ia terus unggul menjadi pilihan utama para pendengar walau di mana pun berada.”

Menurut Ralim lagi, memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat, menyebarkan mesej dakwah yang positif  dan membina kepada masyarakat, hebahan aktiviti IKRAM, menonjolkan tokoh-tokoh IKRAM, adalah antara objektif Harmoni Nasional FM ini.

“Beberapa segmen telah dirancang bagi terus menghidupkan Radio Harmoni Nasional FM ini.”

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, jika terdapat sebarang cadangan dan usul untuk penambahbaikan dan pemantapan radio ini, boleh kemukakan ke [email protected] dan menjemput semua mendengarkan radio Harmoni Nasional FM di pautan http://harmoninasionalfm.blogspot.my seterusnya like FB Page Harmoni Nasional FM.

Leave a Reply