Ahli IKRAM meriahkan perhimpunan tahunan

3,200 meriahkan himpunan
15
Oct

Ahli IKRAM meriahkan perhimpunan tahunan

SHAH ALAM – Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016) yang berlangsung di iDeal Convention Centre (IDCC) di sini dihadiri dan dimeriahkan lebih 3,000 orang ahli IKRAM, mengangkat tema “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah”.

Menurut seorang peserta yang dikenali sebagai Zaid, 24, acara ini merupakan penyertaannya kali pertama untuk mengenali IKRAM dengan lebih dekat.

“Perhimpunan hari ini adalah berbeza daripada perhimpunan sayap mahasiswa IKRAM yang pernah saya sertai. Ia memperlihatkan keadaan jelas hala tuju IKRAM ke peringkat jauh lebih besar,” kata beliau.

Usai Ucaptama Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, beliau turut melancarkan Radio Harmoni Nasional FM dan Modul Kepimpinan IKRAM (MKI), disaksikan oleh ahli IKRAM dan bukan ahli dari seluruh negara. Harmoni Nasional FM boleh dilayari melalui pautan http://harmoninasionalfm.blogspot.my atau FB Harmoni Nasional FM.pti2016-awal7

Selain itu, ia juga turut dihadiri oleh pelbagai parti politik dalam dan luar negara serta badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia seperti Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Parti Amanah Negara (AMANAH) Parti Keadilan Rakyat (PKR), WAMY Malaysia, ACCIN, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Islamic Renaissance Front (IRF) dan Sisters In Islam (SIS).

Leave a Reply