Single Blog Title

This is a single blog caption
20
Nov

Kenyataan Media PTI 2018

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
17 November 2018 / 9 Rabiulawal 1440H

PTI 2018: BERSAMA MEMBINA MALAYSIA BAHARU

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan Perhimpunan Tahunan IKRAM 2018 (PTI 2018) di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini, Sabtu, 17 November 2018.

Perhimpunan ini dihadiri lebih 3,000 orang yang terdiri daripada tetamu serta pemimpin, ahli dan penyokong IKRAM dari seluruh negara bagi merapatkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat perjuangan.

Matlamat yang ingin dicapai daripada perhimpunan kali ini ialah:

1. Meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan untuk bersama-sama menyumbang dalam proses pengislahan negara.

2. Mengetengahkan kaedah terbaik untuk menggalakkan penglibatan dan menggembleng sumbangan pelbagai pihak dalam pembinaan Malaysia Baharu.

3. Mengetengahkan solusi IKRAM sebagai pertubuhan dakwah yang aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009 dan mempunyai cawangan di 15 negeri dan 88 kawasan di seluruh negara serta mempunyai keahlian lebih 20,000 orang.

Dalam Ucapan Presiden, IKRAM menyokong penuh usaha kerajaan untuk mereformasi institusi dan menyokong gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Ia selari dengan visi IKRAM yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah berdasarkan 12 ciri berasaskan Islam.

IKRAM merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Ir Hj Amiruddin Hamzah yang sudi hadir menyampaikan ucaptama “Malaysia Baharu: Peranan NGO dan NGI”.

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Leave a Reply