Single Blog Title

This is a single blog caption
21
Nov

Catatan Hiwar al-Bina’ bersama Ustaz Nik Omar

Satu yang menarik di Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2018) adalah slot Hiwar al-Bina’ yang disampaikan oleh anak Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu Ustaz Nik Omar atau dipanggil UNO.

Moderator bertanya beberapa soalan kepada Ustaz Nik Omar dan saya sempat catat yang berikut:

1⃣ Apa sebenarnya yang menyumbang kepada fikrah dan thabat di jalan dakwah?

1. Jiwa yang bersemangat
Inna li nafsan tawwaqah” (kata-kata Umar Abdul Aziz)

2- Peranan usrah untuk anak muda dan juga senior.
Usrah memberi kekuatan untuk thabat dan istiqamah

3- Peranan keluarga dan membentuk individu muslim

2⃣ Apa formula terbaik untuk satukan rakyat Malaysia? Kerana kita berbeza aliran politik, akidah dan lain-lain?

Antara keunikan Malaysia adalah masyarakat majmuk (berbilang kaum, agama dan bangsa).

Bersesuaian dengan negara Islam Madinah. Selepas Rasulullah SAW bina masjid, Rasulullah buat perlembagaan dan sebagainya. Dalam perlembagaan disebut orang Islam adalah umat yang satu.

Dalam masa yang sama, Rasulullah SAW beri penekanan juga kepada orang bukan islam. Mereka juga digelar ummah.

Maknanya, jika kita ingin negara kita aman damai, jalan yang terbaik adalah memperkenalkan ketuanan “Ummah Wahidah” (Ummah yang satu). Apa sahaja pertikaian, kembali kepada Allah SWT dan Muhammad SAW.

Apabila disebut “Ummah Wahidah” bukan hanya bangsa, tetapi kehidupan keseluruhan yang memberi kehidupan rahmah kepada seluruh alam.

Jika nak selesaikan isu mengikut bangsa, ia tidak akan selesai.

Sifat utama yg perlu ada dalam pemimpin adalah as-sidq (benar). Syakhsiah Rasulullah SAW adalah benar.

Asasnya, Nabi tidak beritahu dia ada khazanah atau dia boleh mengeluarkan orang lain dari neraka, tidak. Ia milik mutlak Allah. Nabi tidak mengaku dia malaikat, tapi dia bercakap benar.

“Aku dipilih untuk menjadi nabi untuk bawa berita gembira.”

3⃣ Bagaimana mana akhlak kita dengan non-Muslim dan bagaimana dakwah kita kepada mereka?

Kita raikan kepelbagaian. Situasi semasa bukan sahaja patut kita bagi idea yang baik, tetapi kita perlu terlibat sama mengikut kepakaran masing-masing.

4⃣ Bagaimana ustaz berinteraksi dengan adik beradik yang berbeza aliran politik?

Allah ciptakan perbezaan pandangan, ia tidak salah. Tapi yang penting mesti ada salamatus sadr (berlapang dada). Tidak ada perasaan marah yang berterusan, hasad dengki. Jika ada hasad, hidup kita tidak akan tenang.

Kita perlu mula dengan diri kita. Orang kutuk kita, dia orang punya pasal. Kita nak bawa kebaikan walaupun dalam politik.

Siapa yang kotorkan politik? Kita yang tidak menjaga akhlak. Sebenarnya kita boleh jadikan politik medan dakwah yang bersih.

Saya dengan ayahanda saya memang dari sudut parti berbeza. Tetapi pembawaan dan pendekatan sama.

Kita patut berbangga kita ada dalam satu organisasi yang besar iaitu Islam. Kalau perhatikan ucapan Almarhum Tuan Guru, dia meletakkan Islam dan dakwah di hadapan, bukannya alat (parti).

5⃣ Apa harapan kepada NGO dakwah seperti IKRAM dan parti POLITIK di Malaysia?

Tiada orang masuk politik nak kalah. Semua mesti nak menang.

Untuk menang di pantai timur agak susah. Tetapi, perkara itu tidak mustahil.

Kita perlu letakkan keutamaan ialah syakhsiah.

Rasulullah SAW letakkan qudwah yang utama dalam apa jua tindakan.

Perbanyakkan majlis ilmu, dan beri penekanan unsur kebajikan.

Reformasi pengurusan masjid, tumpu kepada kebajikan rakyat.

Nik Fatma Amirah
Peserta PTI 2018
BersamaMembinaMalaysiaBaharu
18 November 2018

Leave a Reply