Kenapa hadir PTI 2016?

10 sebab kehadiran
19
Oct

Kenapa hadir PTI 2016?

SHAH ALAM – Sebagaimana yang diketahui, acara tahunan yang ditunggu-tunggu, iaitu Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2016) telah berlangsung dengan jayanya di IDCC pada 15 Oktober 2016.

“Sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta, baik dari kalangan ahli IKRAM mahupun bukan ahli kerana telah berjaya mendaftar dan hadir ke PTI 2016,” ujar Nik Khatijah Nik Mud selaku jawatankuasa PTI 2016 ini.

Sebelum berlangsungnya PTI lagi, beliau telah berkongsi 10 sebab kenapa ahli IKRAM perlu hadir ke PTI 2016:

“Berkumpulnya para syuyukh dan pimpinan tertinggi baik dari dalam dan luar negara bagi memberi kefahaman dan penjelasan yang lebih tuntas mengenai misi utama IKRAM.”

ibrahim-munir2  pti2016-drsalim

Beliau turut menjelaskan aturcara yang menarik dan pengisian padat yang  dikupas oleh beberapa penceramah jemputan daripada pelbagai bidang bertemakan “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah”.

“Di samping taujihat ‘basah dan meresap’ yang disampaikan oleh tetamu- tetamu jemputan khas dari luar negara secara langsung di depan anda,” jelasnya yang telah bersama sejak PTI kali pertama pada tahun 2013.

Menurutnya, PTI mengumpulkan semua ahli tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat, negeri, tingkat keahlian dan apa-apa saja yang membezakan.

“Yang pastinya semua peserta hadir berbekalkan fikrah yang satu demi mencapai matlamat yang sama. Terasa betapa we are not stand alone.”

1-img_0356  1-img_0383

Dengan menghadiri PTI juga jelasnya, adalah sebagai tempat terbaik untuk bersilaturahim dan beramah mesra dengan ikhwah akhawat dari seluruh negara dan luar negara, bersesuaian dengan moto IKRAM itu sendiri, Ukhuwah Teras Kegemilangan.

“Selain itu, para peserta para peserta PTI berpeluang mengadakan reunion rakan universiti, kolej, sekolah dan bermacam-macam kumpulan lainnya.”

Nik Khatijah yang juga kakitangan IKRAM pusat berkata, PTI menjadi platform dan  peluang besar para peniaga untuk perkenalkan dan memasarkan produk-produk bisnes di ruang gerai yang telah disediakan.

pti16-dewan1“Memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mendekati, berborak santai, berkongsi idea dengan para pimpinan dan syuyukh secara terus adalah ketika PTI ini.”

Menurutnya lagi, di sinilah peluang dan ruang engagement yang besar dengan kehadiran tetamu-tetamu daripada pelbagai agensi, NGO, CSO (Civil Society Organizations) serta pertubuhan dari dalam dan luar ngara.

“Satu-satunya program yang disertai oleh lebih 3,000 peserta yang menyediakan ruang santai dikenali sebagai Ruang Keluarga Rahmah (RKR) bagi memberi keselesaan kepada peserta untuk datang mendengar pengisian di samping isteri atau suami dan juga anak- anak.”

Dalam perkembangan berkaitan menurut Nik Khatijah, ia adalah peluang terbesar untuk menjadi salah seorang yang mencipta sejarah IKRAM pada masa akan datang dengan menghadiri perhimpunan ini.

Dengan niat yang ikhlas dan matlamat yang jelas untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan, tentunya mereka yang hadir dapat menikmati dan merasai apa yang diperkatakan oleh beliau.

Leave a Reply