Tingkatkan diri jadi ikon, teladan masyarakat

Wanita IKRAM berazam lahirkan lebih ramai ikon masyarakat
18
Oct

Tingkatkan diri jadi ikon, teladan masyarakat

SHAH ALAM – Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim menggesa agar semua ahli wanita berusaha meningkatkan diri untuk menjadi ikon dan contoh teladan dalam masyarakat supaya berperanan secara seimbang dalam semua aspek kehidupan.

“Paling menonjol, PTI 2016 menunjukkan bahawa kaum wanita tidak pernah ketinggalan mahupun ditinggalkan dalam dakwah dan perjuangan ini,” jelasnya.

Menurutnya, rata-rata peserta lelaki mahupun wanita amat terkesan dan terinspirasi dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh  dua srikandi negara dalam misi Women’s Boat to Gaza (WBG) iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar.

img_2034

Beliau melahirkan keyakinan, Wanita IKRAM boleh melahirkan ikon seperti Dr Fauziah bukan sahaja dalam bidang kemanusiaan tapi juga dalam ruang lingkup kehidupan.

“Kita memang amat  kurang real contoh teladan kepada wanita, kita berazam untuk melahirkan lebih ramai ikon-ikon wanita ini,” katanya.

Mewakili barisan pimpinan Wanita IKRAM, beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur PTI 2016 yang berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peserta dan tetamu.

“Tahniah kepada yang terlibat terutamanya kepada jawatankuasa penganjur PTI ini.”

Beliau mengucapkan terterima kasih kepada  tetamu yang hadir serta wakil rakan NGO khususnya daripada MIZAN (Muslimah Interest Zone & Networking), SIS (Sisters in Islam) dan AWAM (All Women’s Action Society).

“Kami dapat merasakan kehangatan ukhuwah bertemu dengan rakan dari seluruh negara.”

“Input bernas daripada pembentang juga menjadi bekalan untuk ahli beraksi di medan sepanjang tahun.”

Leave a Reply