Single Blog Title

This is a single blog caption
19
Nov

Kerajaan perlukan NGO seperti IKRAM

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir Hj Amiruddin Hamzah berkata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sangat diperlukan oleh kerajaan untuk mewakili rakyat supaya kerajaan dapat membuat keputusan yang baik.

“Ada batasan-batasan yang kerajaan boleh buat. Contohnya, kadang-kadang kita tidak boleh sampai ke akar umbi”.

“Tapi NGO seperti IKRAM yang sememangnya bergerak sehingga ke akar umbi, boleh membantu kita menyampai dan mendapatkan maklumat untuk disalurkan kepada kami (kerajaan) semula,” katanya dalam sidang media Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2018).

Tambahnya, peranan ini penting bagi kerajaan untuk memperolehi maklumat yang betul supaya polisi yang dibuat kerajaan berpijak kepada situasi sebenar rakyat di bawah.

Ketika disoal tentang perbezaan ruang dan peranan yang diberikan oleh kerajaan sekarang berbanding kerajaan terdahulu, beliau menjelaskan kerajaan hari ini lebih serius menjadikan NGO, Individu Bukan Kerajaan (NGI) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) sebagai perunding kerajaan.

“Di peringkat jawatankuasa kabinet yang biasanya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, NGO juga dilibatkan.”

“Sebab kita nak mendapatkan input daripada bawah.”

“Malah ruang ini diberikan di peringkat-peringkat yang lain seperti kementerian, jabatan dan negeri,” tambahnya.

Katanya, itu merupakan satu ruang yang paling tinggi yang diberikan oleh kerajaan kepada NGO.

“Kerajaan akan melibatkan NGO sebagai mata dan telinga kepada kerajaan.”

Terdahulu, beliau menyampaikan ucaptama sempena PTI 2018 dan turut menyempurnakan pelancaran Yayasan IKRAM Malaysia dalam Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri hampir 3,500 ahli IKRAM dari seluruh negara.

Dalam ucaptama itu, beliau mewakili kerajaan mengiktiraf 12 ciri Negara Rahmah yang diperjuangkan IKRAM sebagai model yang baik untuk membina Malaysia baharu.

Suhail Shukri

Leave a Reply