Single Blog Title

This is a single blog caption
17
Nov

IKRAM bentang kerangka strategi bina Malaysia baharu

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini membentangkan kerangka strateginya untuk membina Malaysia baharu.

IKRAM meletakkan matlamat “Memacu Pembinaan Negara Rahmah” dengan sasaran strategik “Membina Negara Malaysia Baharu”.

“Ia merupakan laluan kepada peluang terbaik untuk kita dapat membangunkan sebuah negara Malaysia yang lebih sempurna, Negara Rahmah Mithali,” kata Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam ucapannya dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2018).

Untuk mencapai sasaran strategik tersebut, jelasnya, IKRAM perlulah berusaha memantapkan kedudukan siasah negara dewasa ini serta memperteguh dan mengembangkan kehadiran IKRAM secara meluas dan berkesan dalam negara.

“Berasaskan kerangka strateginya, kita sebagai ahli dan kader-kader IKRAM perlulah memperhebatkan amal dan usaha dalam lima bidang amal.”

Lima bidang amal yang membentuk kerangka strategi IKRAM ialah:

1. Advokasi bagi mencorakkan pemikiran dan mempengaruhi kumpulan-kumpulan strategik.

2. Penetrasi akar umbi, melebar sentuhan dan penetrasi masyarakat.

3. Pengambilan tempat dan peranan dengan memanfaatkan dan melestarikan perubahan siasah negara.

4. Melonjakkan institusi-institusi IKRAM, menerusi lonjakan kecemerlangan dan impaknya.

5. Rejuvenasi IKRAM menerusi pengukuhan keupayaan organisasi dan modal insan.

Dr Mohd Parid turut membentangkan petunjuk prestasi utama (PPU) untuk mencapai matlamatnya untuk “Memacu Pembinaan Negara Rahmah” antaranya mengarusperdanakan gagasan Negara Rahmah dan dakwah Islam Rahmatan Lil ‘Alamin serta menjadi rakan pelopor mengisi agenda Malaysia Baharu.

Turut hadir menyampaikan ucaptama PTI 2018 ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir Hj Amiruddin Hamzah.

Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti

Leave a Reply