Single Blog Title

This is a single blog caption
17
Nov

Kerajaan iktiraf model Negara Rahmah

PUTRAJAYA, 17 Ogos – 12 Ciri Asas Negara Rahmah yang digagaskan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) boleh dijadikan model yang baik dalam proses membina Malaysia baharu.

“12 Ciri Asas Negara Rahmah berasaskan Islam yang diperjuangkan IKRAM juga boleh menjadi panduan dalam melengkapkan perubahan yang ingin dicapai kerajaan,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Amiruddin Hamzah dalam ucaptama Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2018).

Terdahulu, dalam majlis yang sama Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad mengulas 12 Ciri Asas Negara Rahmah.

Kata Dr Parid, Malaysia Baharu adalah sebuah negara yang berkembang ke arah mempunyai kepimpinan yang soleh, berkebolehan dan berintergriti, tadbir urus yang baik dan cekap, ekonomi yang mampan, pembangunan yang lestari.

“Sistem kehakiman yang adil, badan berkanun yang kuat dengan semak imbang yang berkesan, institusi-institusi keluarga kecil dan besar yang utuh, hubungan etnik sesama rakyat dan pelbagai penganut agama harmoni.”

“Masyarakat yang terasuh, berilmu dan penyayang, memelihara kebajikan, kesihatan dan keselamatan dan akhirnya menerajui usaha-usaha keamanan kesejahateraan sejagat,” tambah Presiden IKRAM tersebut.

Bagaimana pun Timbalan Menteri Kewangan menambah, proses membina semula negara perlu dipikul oleh kerajaan baharu memerlukan sokongan dan kerjasama terutamanya dari Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO), Individu Bukan Kerjaan (NGI) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

Dalam pada itu, tambahnya lagi, NGO, NGI dan CSO boleh membantu kerajaan sebagai rakan dalam membina negara, menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat, memberi cadangan syor dan input dari sudut pandangan rakyat, memperkasakan peranan media serta program mendidik rakyat.

“Mudah-mudah dengan kerjasama erat yang dilakukan antara kerjaan, NGO seperti IKRAM, NGI dan CSO ini, Allah menurunkan rahmat dan pertolonganNya supaya kita dapat menjayakan tugas murni ini,” tambah beliau lagi.

Muhammad Aiman Mohd Razali

Leave a Reply